Followers

Friday 12 August 2011

Darah Daging tak akan lumat

Lerainya masa kerana alpa,
Tusukan angin kebingungan jernih sang Mata,
Ribut kabut mengejar impian dunia,
Anarki pada luhurnya keabadian sebuah nilai keluarga.

Duri-duri halus rakus menikam urat-urat cinta dan kasih,
Si kertas warna dikejar namun kita masih sama.
Jejalur kemesraan hanya tampak bila tiba masa,
Selepas itu tiada khabar berita.

Namun tiba detik hina.......
Kelalaian memeluk sang tua,
Gugup dengan tangisan air mata,
Hiba mendengar suara,cuma suara,

Tetapi di sebalik kehinaan itu,
Wujud satu hikmah derita,
Regangnya tali ikatan menjadi utuh tiba-tiba,
Perawi derita seakan tersentak dari bertapa,

Khayalan haram gasarkan cinta,
Kini kami mengenal erti keluarga,
Tapi mungkinkah sudah lewat?
Atau satu permulaan bagi akhir derita?

Kelakar yang amat bagi aku

Hahaha...aku nak gelak dulu belom aku post benda nie..memang sangat jujur dan amat tepat dengan media-media yang sangat berat sebelah...

Situasi sebenar : Seorang nenek pegi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian.

Buletin Utama - "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari."

Harian Metro - "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan."

Utusan Malaysia - "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"

Harakah - "Kami tiada beca."

Malaysiakini - "Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah."

Obefiend - "Nenek meleis mati. Aku suka vodka."

Twitter @NajibRazak - "Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!"

Blog Melayu paranoid - "Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca."

Ibrahim Ali - "Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!" 

Pancaindera - "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster."

Mastika - "Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi."

Samy Vellu - "Beca tak bayar tol dicari."
[]

Hahaha!!!kelakar kan?eyh!Lantak la...blog aku..aku nak buat kelakar ke buat serius ke!

PERCIKAN API ILHAM

Pergh!
Sedar tak sedar dah lame aku tak update blog nie...daripada seminggu sebelum puasa sampai la dh seminggu lebih puasa.Bukan apa,banyak keringat aku titis di plot-plot hidup yang berbeza.Nasib baik sang sahabat ku safuan pauzi banyak memberi dorongan dalam hal-hal perblogan dek kerana dia pun baru berjinak dalam dunia blogging nie..thanx for his unformal support...lagipun lantak la blog aku...nak tulis ke tak ke bukan gune email korang pun!

Ok...hari ni kita dah dalam ramadhan ke 12...dan aku sekarang di Ipoh bersama keluarga bakal mertua gitu...mertua ke?bakal ke?hihihih...percikan ilham malam nie ialah penceraian alam berbeza.

Faham tak?aku tak suruh korang faham pun...aku buat blog adalah untuk meluahkan rasa hati dan denyutan minda aku.
Hehe...maksud aku penceraian alam ini bermaksud situasi berbeza di Kuala Lumpur dan di Ipoh.Ketenangan di sini macam susah nak dapat kat kota penuh noda itu.Jauh daripada najis-najis roda empat,asap-asap pengalaman hidup yang sesak semput dan harga yang kualiti kurang dan kadang-kadang tu kuantiti pun kurang.Sini tiada sialan kota yang sibuk dengan akal dan dunia impian mereka hingga jadi lalai dan leka dengan alam persekitaran mereka'sellfish'.

Aman di sini macam bayu malam terasa dek susuk tubuh kering ini,untung mereka yang ada persekitaran begini.Nak berblog panjang pun tak gune.perut terlampau kenyang dek minum soya dan makan ikan bakar pembelian bakal ibu mertua tadi.bakal ke?mertua ke?hahahaha...

Ok la...entri kali nie agak kematian idea sikit...sorry yer...hihihiih....

Sunday 24 July 2011

dewata masa

Hadiran detik kelam masa,
Hari ini dan semalam tetap serupa. Ada detik gembira,ada detik duka berlaku dalam tempoh masa dari sentaknya sang cahaya hingga hari labuhnya sayap malam. Pada aku,zahirnya pemikiran manusia ini kadarnya memang berbeza-beza. Hari ini hari biasa,'taik yang sama setiap hari' bak kata mat salleh. Taik juga yang dapat nama,taik juga yang jadi mangsa.

Ramadhan bakal tiba,sang khannaz bakal dirantai,itu hanya satu prosa indah bagi si tipikal.Kenapa? Supaya senang melayar malam melakukan dosa nafsu dunia? Sang khannaz itu walau dirantai, tetap bahagia mengenangkan sang manusia menjalankan sendiri tugas-tugas si perosak. Kuli tak bergaji.cis!

Cepat betol masa berjalan,sekelip merubah segala-galanya. Selepas ini, Aidilfitri bakal tiba.Kegembiraan seketika itu akan ku gunakan sepenuhnya.Cuti!ambil 10 hari.Baru padan muka kompeni.Haahaha..Siapa suruh tak naik gaji!hahaha..ehem...

Bukan pasal gaji entri nie. Pasal masa. Kebalnya masa ni,tak boleh dilawan,kita hamba masa,detik-detik semua adalah emas.Emas untuk masa depan atau emas untuk akhirat. Kita yang pilih.Rezeki pun bergantung pada masa,cepat..lambat itu semua masa yang tentukan.Tapi masa itu milik Allah. Tadahlah tangan,minta pertolongan.Pasti...masa berpihak pada kita..:)

Friday 15 July 2011

Kalau aku jadi Perdana Menteri.

Nie dulu zaman-zaman sekolah mesti satu chapter kite kena buat karangan 'Kalau saya jutawan' la 'Kalau saya sebuah beg' la..kan?Mesti pernah kan?Boleh la time tu kiter budak lagi,ape tau?Jawapan mesti same,nak derma la,buat sekolah la,berbakti pada masyarakat la..sume tu fiksyen..cube tanye sekarang,alamat 10 helai kertas pun tak habes,koman-koman
jawapan mesti ade nak bukak 'club' la,nak beli ferrari la hummer la,kawen 4 la..hisyh!macam-macam la alamatnye..
Hihihih...so mari kite dengar kalau aku jadi perdana menteri,lantak aku la korang nak bace ke tak.blog aku..lantak aku la..!

Ok..kalau aku jadi perdana menteri,hari pertama sekali...aku akan M.C sebab aku mungkin demam sebab terkejut jadi perdana menteri dan aku tak nak bagitau sape-sape..yela sekarang kalau M.C kena bagitau boss la mesej la pastu kena beli M.C semua..bile hari seterusnya aku akan datang dengan gah nye sambil bukak fail-fail menteri dan sape-sape yang rasuah.Aku akan panggil diorang semua untuk satu perjumpaan tertutup..korang mesti ingat aku akan ambik tindakan mahkamah ke tangkap sumbat ISA kan?oh...tidak....Aku panggil diorang semua sebab aku nak komisyen daripada korupsi diorang untuk aku beli kereta lamborghini..hahaha..jahat tak aku?Takdela..mesti la aku pecat diorang dan semua harta-harta diorang dirampas kemudian setiap seorang akan disuntik dengan ubat pelali yang lali sampai kiamat.hahahaha!kejam tak?

Sebenarnye aku tengok semua perdana menteri akan jadi 'bapa' kepada sesuatu bidang,'Bapa kemerdekaan,'Bapa Kemodenan' dan macam-macam lagi.tapi aku..'Bapa Kekejaman'.hahaha..Aku nak sedarkan orang-orang sikit.Bagi tau erti syukur,dulu korang tak pandai bersyukur,sekarang terimalah kekejaman aku dengan redha dan ikhlas.:)

Sapa yang cuba lawan aku,aku akan pastikan diorang direjam dan ditembak di depan khalayak ramai,kalau boleh dekat tengah-tengah Bukit Bintang.buat perhimpunan haram?Aku akan suruh jentera 'Stamproll' kepung diorang dan lenyek semua sekali,ramai mati?Ape ade hal?hahahaha...

Lepas tu aku akan haramkan kedai-kedai judi yang kecik-kecik,'owner' dihukum tembak secara terbuka bagi kesedaran untuk orang laen.Bagi aku judi tak menjana ekonomi negara,kalau boleh jana,aku akan bagi dana suruh diorang tebas hutan Pahang dan buat 'casino' terbesar dalam dunia.hahaha!

Budak-budak sekolah lepas darjah 6 diorang boleh pilih nak jadi ape.kalau nak jadi peguma,bagi dia masuk sekolah peguam yang khas,nak jadi ape saje,akan ader skop pendidikan untuk diorang,agak-agak gagal,samada diorang nie akan jadi askar kerhan ataupun buruh kasar.Buatpe bazir duit banyak-banyak kalau dah tahu diorang tak boleh belajar?Bagi apa yang diorang
minat.Senang..:)

Macam-macam la aku akan buat kalau aku jadi perdana menteri.Nanti aku sambung la lagi.Bukan ader orang nak bace pun..hahaha...

(Pengertian dalam carut-carutan ini mendalam,sape yang power je boleh tafsir,sekian)macam tulis surat rasmi pulak..hehehe...dahla..:)

sesuatu yang rosak...

Pernah terjadi dalam hidup,
Bile sesuatu,
Merosakkan hubungan?
Kekeluargaan?
Persahabatan?
Pernah terjadi dalam kaca hidup,daripada mata ini,
Keakraban terjalin daripada rantai yang baru,
Terputus kerana angkara cinta,
Apa yang terjadi mengguris hati,
Menjadikan kehangatan senyuman dulu kelu,
Adakah itu dosa atau suratan Maha Esa..?

Suratan itu jodoh yang tidak dicari,
Ia terjadi seperti mimpi yang hadirnya terdetik sepi,
Bukan pengertian mata yang aku impi,
Dengarkan dulu kata hati insan yang mengalami,

Bukan kau penentu,
Bukan mahu dan pintaku,
Hadirnya ketika semua yang aku perlu menjadi beku,
Ketika hati sarat menangis sayu nyilu,

Ini nukilan bukan untuk aku minta belas kasihan mereka,
Siapa mereka untuk mengetuk palu alam nyata?
Tapi yang pilu bila darah sendiri melata hina,
Memihak rantai yang darahnya tak sama,
Kenapa dosa ini mengecap hilang sang arca?

Tuesday 12 July 2011

Malam punya hal..(1)

Hahaha..macam kelakar plak aku buat sampai 3 entri malam nie je..hahaha...boleh katakan aku meroyan jugak la..tp suka hati aku la..blog aku...malam nie aku ikut member aku firdaus a.k.a fire,awek dy,eija manjoi,awek aku dan adik ipar aku(bakal) ke uptown danau kota,mencari beg deuter katanya,tapi sampai je sana,aku dialihkan perhatian untuk beli barang yang xpatut,dah lumrah sang pembazir,ape ada hal?tapi harga pun tak la sampai mahal takat 10 hengget je..hihih...

Yang menjadi tumpuan aku ialah beg tu ader,dia ikut liter,lagi besar liter lagi mahal beg tersebut,macam mamber aku cari ialah 80liter,harga minimum RM150.

Isu nya sekarang aku tau harga runcit atau harga gudang beg nie,nak tau?Apa yang aku leh gitau minimum RM25.
Memang betul keuntungan dititik beratkan.tapi kautan (ader ke ayat nie?)Untung dia dah banyak,kenapa dia tak boleh kurangkan sikit lagi?Dia dah untung berlipat kali ganda tapi jangan la sampai tamak.Jual sama melayu pulak tue,

Aku marah bukan sebab harga atau apa-apa pada peniaga nie,diorang mencari rezeki yang halal tapi masalahnye aku mengantuk dan penat lagipun aku taktau nak buat apa.nak marah atau nak kata apa-apa,sebab tu la aku buat entri nie.hahahahaa...

Aku cuma ingatkan saja,dah ada peluang berniaga jangan lepaskan macam tu saja,bukan senang nak jual-jual nie,aku nak jual benda tak mampu sebab takde modal,tapi kalau aku jual pantun,nak ke korang beli?bukan korang bace pun blog aku....hahahaha...Jadi jual la pantun...kan?kejap lagi kalau aku larat atau ada idea aku buat la entri baru ok...Salam..

BERSIH?

Baru-baru nie negara kita sibuk dengan hal hak kepentingan rakyat yang kononye kerajaan sekanrang tak adil maka terjadilah kempen himpun rakyat yang bernama 'BERSIH' dimana mereka perlulah memakai baju berwarna kuning,tetapi kenapa kuning?Bukankah warna yang suci sepatutnya putih?Dalam banyak-banyak warna,kenapa warna kuning?tidak cantik okeh?!

Tapi bukan isu warna yang ingin diketengahkan dalam blog saya yang tidak ada pembaca dan followers nie..ada tapi sikit.Isu kini adalah kenapa?kenapa buat hari sabtu?kenapa tidak hari ahad?Tahu tak anda ramai yang terkandas dalam perancangan mingguan mereka gara-gara perhimpunan ini?Mereka yang melangsungkan majlis perkahwinan terkilan dengan jumlah kedatangan tetamu,kedai-kedai kerugian,dan macam-macam lagi.

Saya tidak menyokong mana-mana pihak,bagi saya politik negara kita sememangnya kotor dan mustahil dapat dibersihkan,mereka yang kata ingin lakukan ke'BERSIH'an pun turut kotor dan akan menjadi lebih kotor sebab semua yang terlibat dengan politik semuanya KOTOR!JIJIK!

Kenapa perlu kita libatkan diri dalam politik?banyak lagi aktiviti lain yang lebih munasabah.Yang xperlu sakit hati dengan mana-mana pihak,remaja yang rasa mereka bijak dalam isu negara ini sebenarnya hanya menjadi anjing bagi mana-mana pihak yang mereka sokong,dibaling tulang ke kanan,larilah ke kanan,

Bodoh sebenarnya orang-orang kita,lebih baik cari untuk kemajuan diri dan negara.Fikirkan cara untuk naik tarafkan hidup sendiri,kemajuan dunia dan akhirat,bukan melibatkan diri dalm lumpur politik negara kita.

Pasal aku...

Setelah kian lama aku dalam bidang blog nie,walaupun entri sikit dan pemalas nie,aku xpernah nak citer kat korang asal usul atau sapekah aku kan?hehehe..lantak la korang nak tau ke x,dah name blog aku,suke hati aku la..huh!(Tetibe emo kejap)

Ehem..ok nama aku Syed Nazuan bin Syed Basir Ahmad,maksud nama aku nie sampai hari ni aku x dapat sahkan.Pernah jugak aku tanye mak aku maksud nama aku,tetapi hampir aku pernah kena halau keluar rumah sebab ade sekali tu dalam sehari aku tanye mak aku setiap 12 minit soalan yang same selaen soalan 'betul ke aku anak dia'.huhuh..

Ok..berbalik pada topik asal,aku dilahirkan pada 28 Disember 1987 dekat hospital besar Pulau Pinang.Menurut kate mak aku,aku adalah anak dia yang paling murah.Dia kate sebab kos ape ntah diorang cume caj parents aku 5 hengget macam tu la.hehehe..Aku anak kelima daripada 7 orang adik beradik.Menurut bapak aku pulak,dia seorang yang power,mase tu aku kecik lagi,so aku bajet macam dia tu superhero la konon-konon ader power,tetapi selepas aku remaja barulah aku paham erti power yang dimaksudkan bapak aku tu..huhu..Sampai hari nie aku rase seolah-olah diperkotak-katikan oleh bapak aku yang pandai memanipulaasi minda aku.

Tu je kot korang perlu tau buat ketika ini,sebab aku tau takder orang yang bace melaenkan kawan baik aku Safuan Pauzi yang baru kahwin dan kuat hisap rokok itu.Suke hati aku la sape nak bace ke taknak bukan blog korang pun.

Monday 20 June 2011

MASA

perit hati hari nie,lemas dengan lampu-lampu putih,bunyi-bunyian manusia...penat dengan rutin..sayu pun ada juga,tapi..tak tau kenapa.pelik bukan perasaan manusia nie?kadang-kadang seronok,kadang-kadang penat, tapi tak tahu punca,tak tahu hala..

hari-hari aku macam biasa,susah nak cari detik-detik beda,yang beza cuma jarak waktu,jahanam nya badan manusia adalah sebab rutin-rutin sebegini...bangun..pergi kerja..balik..tidur...ulang setahun demi setahun...

apa yang aku kejarkan nie?wang?harta?nama?tapi sampai mana?sampai bila?rakus betul minda kita,jahil!
tamak dalam diam..

Friday 17 June 2011

kes malam

Jangan diulit mimpi semalam,padah ingatan dengan harapan,
Suaikan yang jernih dan nyata agar tidak terhanyut,
Jauh...
Diukir berhala dosa dengan kenangan yang nista,
Kabut meleraikan diri dengan Pencipta,
Tidak cukup lagikah kesilapan semalam?
Tidak ingatkan apa yang silam?
Mari bersama labuhkan tirai dunia,
Yang kotor dengan kertas warna,
Fikir?
Apa yang nyata kekalkah ia disabung angin masa?
Siapa yang berhak melihat cakrawala kehidupan detik?
Lalainya manusia insaniah,mengongkong keagungan zahir,
Diangkat patuh dengan rupa dan nama,
Pautan pahit anggapan sang dosa itu bagai tidak serik.
Kelam?
Aku kah atau engkau?
Ah!kita sama saja atas tanah rata yang dipinjam,
Yang tingginya kau,dan rendahnya aku,
Letak pada catitan si penulis,
Bukan kita penentu.
Lelap,
Mari labuhkan buai hati,mari labuhkan detik mati,
Harapkanlah...agar esok suburnya senyuman,
Disalut kebahagian detik untuk kita leka,
Sedar tak sedar kita tetap sama...
Sang Pendosa...

Racau....!

Ikot hati mati,
Ikot akal sesal,
Bebal,tebal kebal tusuk benak minda,
Apa dalam minda?
Pikiran yang jauh mendambakan kepentingan diri,
Sendiri,
Harapan dulu lerai dengan janji indah,
Kaburkan mata dengan manja dan sumpah,
Coretan??
Imbuhan sebelum pergaduhan,
Apa yang diinginkan cuma pemahaman,
Garis-garis matang bagai jarum dalam ladang,
Pakatan tidak rasmi bagai dihalang-halang.
Kini bayang-bayang cinta mencekik panorama bahagia,
Kini cuma dia,dia,dia...
Tiada aku dalam kisah suka,
Duka?
Celaru,celaru,celaru lah jiwa,
Risau,racau,sasau,KACAU!!!
Ubahlah!
Takdir penentu segala,
Tapi kita penentu takdir yang bagaimana,
Abadi nan nyata,ikatan yang diterima,
Usah palitkan sifat nyata,
Paling-paling cedera hanya aku dan cinta,
Racau!!!

Friday 20 May 2011

ASID???

Ha...sekarang nie muncul pulak pembaling asid bersiri yang menjadi igauan dalam dunia seharian kite..Daripada pembunuh ke perogol bersiri skunk timbul pulak isu macam nie.Ape motif si pembaling? Adakah dy ader masalah psikologi, atau gangguan traumatik terhadap pengalaman atau memori.Selalu orang macam nie banyak kite tengok dalam citer 'Criminal Mind' dimana mereka nie menjadi mangsa memori dan kadang-kadang mendapat kepuasan dengan ape yang diorang lakukan. Si pembaling seolah-olah mendapat kepuasan bila asid tersebut singgah ke muka-muka mangsa dy.Tapi kenape asid? Cubela simbah air oren ke, milo ais ke..sedap la jugak..hisyh!Lagi satu,dy seolah-olah mempersendakan kepolisian negara kite dengan buat macam tue.. Yang terang dy memang berjaya la dalam misi untuk persendaan tersebut.

Yang peliknya mane dy dapat supply asid-asid tu?macam dapat supply mercun mase bulan puase pun ader gak..huhu..senang sungguh.Sampai biler pulak dy nak simbah asid.?dy mesti ader misi dan visi.takkan dy buang duit beli asid, isik minyak moto,renew roadtax,bayar saman buta-buta? Betol x?

Apapun kalau la polis dapat tangkap dy,tolongla simbah balik asid kat dy.Dan kalu orang ramai dapat tangkap dy,tolongla debik dan pijak dy sepuas-puas hati dan heret dengan tali melalui MRR2 sebab situ tak banyak kereta.

Thursday 28 April 2011

DUNIA YANG MAHAL

Hari Jumaat nie mmg hari yang paling best dan paling aku sayang selaen hari raya dan hari jadi aku...esok cuti...malam nie leh lepak-lepak then tido sampai petang esok...pergh...memang yang tu jer impian aku yang berulang selame aku dalam alam kerja nie..tp..

Minggu nie harapan aku musnah dan lebur dek kene follow awek aku balik Ipoh sebab kakak die tunang..So tinggal mimpi yang tak sudah la bak kate Ibnor Reza...Terang-terang la aku kene tolong-tolong ape yang patut..pastu menumpang rumah orang..memang alamat tido lewat bangun awal la...

Tapi bukan tu yang aku nak ngomelkan sorg-sorg kat sini...isu dy "COST OF LIVING" ...nak balik Ipoh nie minyak??kalau pakai minyak masak cap 'buruh' tu senangla..murah...tp ron95..(97 aku xmampu sangat..kalau aku bawak lamborghini satu hari nanti xperla...ron 98 pun aku mampu..)minyak saje RM50 miss-miss full tank,toll dalam RM30,pergi balik dah RM160..tu baru balik Ipoh tu?belum aku balik Penang lagi..

Sementara nak balik Ipoh tu,singgah makan dulu..satu kepale makan skunk mau RM10..topup..RM10..rokok RM10..dah berape???tu sehari???nie kalau sebulan???banyak kan??? Kalau hari kerje..minyak sehari RM20,parking RM10,makan RM10...sebulan???(kalu sape bace blog aku nie kire la kalau korg rajin...) Komitmen laen,duit sewa rumah la...kad kredit..Semua nie baru KEPERLUAN....KEHENDAK??mimpi yang xsudah jugakla alamatnyer...

Semua nie memang dh jadi tanggungjawab kiter biler dh bergelar dewasa..tp gaji yang dibayar..xsepadan dengan kos-kos yang dikawal kerajaan nie...harga barang naik...gaji???tanye jela Ibnor Reza tu lah yer..
Negara kiter nie boleh dikategorikan sebagai negara yang dh kaya jugak...kenape masih ditakuk lama bab pelarasan gaji dan harga barang???

Mesti korg akan cakap wat la kerja lebih atau bisnes sendiri kan???ok..ok..bab partime tu mmg la disarankan tp brape orang sangat yang sanggup?pergi kerja pukul 7 pagi..balik sampai uma redah kesesakan 7 atau 8 baru sampai???mane mase dy nak wat partime???bisnes sendiri..?bagi yang dah ada dana syukur alhamdulillah la..tp yang takde??kene wat loan kan???tapi cuba anda dengan yakin pergi buat...tengok ape jawapan korang dapat??

Aku bukan la nak complain ape yang aku ader ni..aku syukur ape yang Allah bagi..tp manusia perlu ada kemajuan bukan??Dan aku tulis nie pun adalah luahan hati aku..suke hati aku la..hahaha..name pun blog aku..bukan ader orang nk bace pun..hahaha..

Aku nie pun satu...usaha la lagi..carik keje baru...tp dah carik...nak wat bisnes loan xlepas..nak jadi artis..xder bakat..hurm..senang aku dok jela kat sini sampai satu sinar harapan baru datang..Amin..

Wednesday 27 April 2011

HARI YANG MACAM PERCOBAAN

setelah kian lama aku ader blog nie...kemaen malas nk update..bkn ape..follower pun xder..nk blogging?? masa yang aku ader mmg xcukop..amat2..bukan alasan yer...memang btol2..xpecaye??tanye la boss aku,mak cik tol kt jalan duta dan abg boy (merangkap trainer aku kt gym)..walau aku tau xde orang yang akan bace tp aku tulis jela...mcm diari aku sendiri la...

eceh...caner nk mule yek??banyak yang nak diluahkan...tp yang mane 1??ok ok...dpt..pasal isu semasa sikit la..pasal politik yang melanda bumi Malaysia kita nie..hurm..

Sebenarnyer...isu politik kat Malaysia nie dh lapuk dan xder pembaharuan langsung..yang dengan 1Malaysia,yang dengan kes liwat,rasuah sane,korup sane..(ISA x bace blog kan??hehehe)..Bagi aku,aku xmnyebelahi mane-mane pihak..bagi aku semua same jer...nak ader kepentingan dan jadi orang penting..hidop senang..gaji riban-riban..claim bagai..nk pergi mane-mane polis trafik eskot..pastu menyusahkan rakyat-rakyat yang ader atas jalan..tambah-tambah dekat dengan Jalan P.Ramlee,kawasan di mane aku be'kirjo'...di buatnyer orang yang sakit perot,sarat mengandung...x ke susah??janji lepas diri diorang dulu..

Balik pada isu politik,ape yang kiter dapat tgk lagi..para penyokong fanatik bagi setiap parti..mesti taksub amat dengan parti dan pemimpin diorang,ader yang janji masuk syurga la..yang adil dan saksama la..macam-macam..Siap ader pafe sendiri dekat FB...memang dahsyat giler..(mcm awie sebot dalam zombi kampung pisang tue)..yang geng sane maki geng sini..yang geng sini maki geng sane...

Tp..bagi aku la kan..??diorang nie semua tuli bab isu politik..politik nie setahu aku menegakkan hak rakyat dan memastikan keadilan terbela..tp aku tgk..penyokong yang membela pemimpin2 diorang nie..yang letupkan orang..kate xletopkan orang..yang liwat..kater xliwat..macam2 la..aku cakap pun bukan pandai sgt pasal politik nie..tp sebengong-bengong aku..kiter boleh nampak kebengongan politik Malaysia nie.

Nie ke yang kiter nak tunjuk pada generasi yang akan memimpin negara kiter pasni???Sampai biler negare kite nak dudok di takuk lame?.

Apepun Allah dah kurniakan hamba-hamba-Nya ngan akal fikiran..kiter gunekan dengan sewajarnyer..jgn la beli kereta Waja..hehe..tau..xder kene-mengene..tp kuar lagi ke Waja??haisyh...~

Dhla....

Friday 11 March 2011

The Days WiThout HeR...

Ought to live in strange time,
In time from a strange place,
By the strange place I shall be,
To be seat...
To be wait...

TiLL the time comes,
The sun shall rise,
The stars shall shine,
While the moon smiles,

To Love u,
To kiss u,
To hug u,
Its my devotion on how my love cost,
Its my curse of happiness on you..
I LoVe and miss u and will always do...

Thursday 10 March 2011

1st try

wah....er.....1st of all....thanx tuk cik eyra coz sudi watkan blog nie kt sayerp..
nanti sayerp blaja pelahan2 cane nk jd bloggers kot...pape ajar la yer...yer??