Followers

Friday 12 August 2011

Darah Daging tak akan lumat

Lerainya masa kerana alpa,
Tusukan angin kebingungan jernih sang Mata,
Ribut kabut mengejar impian dunia,
Anarki pada luhurnya keabadian sebuah nilai keluarga.

Duri-duri halus rakus menikam urat-urat cinta dan kasih,
Si kertas warna dikejar namun kita masih sama.
Jejalur kemesraan hanya tampak bila tiba masa,
Selepas itu tiada khabar berita.

Namun tiba detik hina.......
Kelalaian memeluk sang tua,
Gugup dengan tangisan air mata,
Hiba mendengar suara,cuma suara,

Tetapi di sebalik kehinaan itu,
Wujud satu hikmah derita,
Regangnya tali ikatan menjadi utuh tiba-tiba,
Perawi derita seakan tersentak dari bertapa,

Khayalan haram gasarkan cinta,
Kini kami mengenal erti keluarga,
Tapi mungkinkah sudah lewat?
Atau satu permulaan bagi akhir derita?

No comments:

Post a Comment