Followers

Sunday 24 July 2011

dewata masa

Hadiran detik kelam masa,
Hari ini dan semalam tetap serupa. Ada detik gembira,ada detik duka berlaku dalam tempoh masa dari sentaknya sang cahaya hingga hari labuhnya sayap malam. Pada aku,zahirnya pemikiran manusia ini kadarnya memang berbeza-beza. Hari ini hari biasa,'taik yang sama setiap hari' bak kata mat salleh. Taik juga yang dapat nama,taik juga yang jadi mangsa.

Ramadhan bakal tiba,sang khannaz bakal dirantai,itu hanya satu prosa indah bagi si tipikal.Kenapa? Supaya senang melayar malam melakukan dosa nafsu dunia? Sang khannaz itu walau dirantai, tetap bahagia mengenangkan sang manusia menjalankan sendiri tugas-tugas si perosak. Kuli tak bergaji.cis!

Cepat betol masa berjalan,sekelip merubah segala-galanya. Selepas ini, Aidilfitri bakal tiba.Kegembiraan seketika itu akan ku gunakan sepenuhnya.Cuti!ambil 10 hari.Baru padan muka kompeni.Haahaha..Siapa suruh tak naik gaji!hahaha..ehem...

Bukan pasal gaji entri nie. Pasal masa. Kebalnya masa ni,tak boleh dilawan,kita hamba masa,detik-detik semua adalah emas.Emas untuk masa depan atau emas untuk akhirat. Kita yang pilih.Rezeki pun bergantung pada masa,cepat..lambat itu semua masa yang tentukan.Tapi masa itu milik Allah. Tadahlah tangan,minta pertolongan.Pasti...masa berpihak pada kita..:)

Friday 15 July 2011

Kalau aku jadi Perdana Menteri.

Nie dulu zaman-zaman sekolah mesti satu chapter kite kena buat karangan 'Kalau saya jutawan' la 'Kalau saya sebuah beg' la..kan?Mesti pernah kan?Boleh la time tu kiter budak lagi,ape tau?Jawapan mesti same,nak derma la,buat sekolah la,berbakti pada masyarakat la..sume tu fiksyen..cube tanye sekarang,alamat 10 helai kertas pun tak habes,koman-koman
jawapan mesti ade nak bukak 'club' la,nak beli ferrari la hummer la,kawen 4 la..hisyh!macam-macam la alamatnye..
Hihihih...so mari kite dengar kalau aku jadi perdana menteri,lantak aku la korang nak bace ke tak.blog aku..lantak aku la..!

Ok..kalau aku jadi perdana menteri,hari pertama sekali...aku akan M.C sebab aku mungkin demam sebab terkejut jadi perdana menteri dan aku tak nak bagitau sape-sape..yela sekarang kalau M.C kena bagitau boss la mesej la pastu kena beli M.C semua..bile hari seterusnya aku akan datang dengan gah nye sambil bukak fail-fail menteri dan sape-sape yang rasuah.Aku akan panggil diorang semua untuk satu perjumpaan tertutup..korang mesti ingat aku akan ambik tindakan mahkamah ke tangkap sumbat ISA kan?oh...tidak....Aku panggil diorang semua sebab aku nak komisyen daripada korupsi diorang untuk aku beli kereta lamborghini..hahaha..jahat tak aku?Takdela..mesti la aku pecat diorang dan semua harta-harta diorang dirampas kemudian setiap seorang akan disuntik dengan ubat pelali yang lali sampai kiamat.hahahaha!kejam tak?

Sebenarnye aku tengok semua perdana menteri akan jadi 'bapa' kepada sesuatu bidang,'Bapa kemerdekaan,'Bapa Kemodenan' dan macam-macam lagi.tapi aku..'Bapa Kekejaman'.hahaha..Aku nak sedarkan orang-orang sikit.Bagi tau erti syukur,dulu korang tak pandai bersyukur,sekarang terimalah kekejaman aku dengan redha dan ikhlas.:)

Sapa yang cuba lawan aku,aku akan pastikan diorang direjam dan ditembak di depan khalayak ramai,kalau boleh dekat tengah-tengah Bukit Bintang.buat perhimpunan haram?Aku akan suruh jentera 'Stamproll' kepung diorang dan lenyek semua sekali,ramai mati?Ape ade hal?hahahaha...

Lepas tu aku akan haramkan kedai-kedai judi yang kecik-kecik,'owner' dihukum tembak secara terbuka bagi kesedaran untuk orang laen.Bagi aku judi tak menjana ekonomi negara,kalau boleh jana,aku akan bagi dana suruh diorang tebas hutan Pahang dan buat 'casino' terbesar dalam dunia.hahaha!

Budak-budak sekolah lepas darjah 6 diorang boleh pilih nak jadi ape.kalau nak jadi peguma,bagi dia masuk sekolah peguam yang khas,nak jadi ape saje,akan ader skop pendidikan untuk diorang,agak-agak gagal,samada diorang nie akan jadi askar kerhan ataupun buruh kasar.Buatpe bazir duit banyak-banyak kalau dah tahu diorang tak boleh belajar?Bagi apa yang diorang
minat.Senang..:)

Macam-macam la aku akan buat kalau aku jadi perdana menteri.Nanti aku sambung la lagi.Bukan ader orang nak bace pun..hahaha...

(Pengertian dalam carut-carutan ini mendalam,sape yang power je boleh tafsir,sekian)macam tulis surat rasmi pulak..hehehe...dahla..:)

sesuatu yang rosak...

Pernah terjadi dalam hidup,
Bile sesuatu,
Merosakkan hubungan?
Kekeluargaan?
Persahabatan?
Pernah terjadi dalam kaca hidup,daripada mata ini,
Keakraban terjalin daripada rantai yang baru,
Terputus kerana angkara cinta,
Apa yang terjadi mengguris hati,
Menjadikan kehangatan senyuman dulu kelu,
Adakah itu dosa atau suratan Maha Esa..?

Suratan itu jodoh yang tidak dicari,
Ia terjadi seperti mimpi yang hadirnya terdetik sepi,
Bukan pengertian mata yang aku impi,
Dengarkan dulu kata hati insan yang mengalami,

Bukan kau penentu,
Bukan mahu dan pintaku,
Hadirnya ketika semua yang aku perlu menjadi beku,
Ketika hati sarat menangis sayu nyilu,

Ini nukilan bukan untuk aku minta belas kasihan mereka,
Siapa mereka untuk mengetuk palu alam nyata?
Tapi yang pilu bila darah sendiri melata hina,
Memihak rantai yang darahnya tak sama,
Kenapa dosa ini mengecap hilang sang arca?

Tuesday 12 July 2011

Malam punya hal..(1)

Hahaha..macam kelakar plak aku buat sampai 3 entri malam nie je..hahaha...boleh katakan aku meroyan jugak la..tp suka hati aku la..blog aku...malam nie aku ikut member aku firdaus a.k.a fire,awek dy,eija manjoi,awek aku dan adik ipar aku(bakal) ke uptown danau kota,mencari beg deuter katanya,tapi sampai je sana,aku dialihkan perhatian untuk beli barang yang xpatut,dah lumrah sang pembazir,ape ada hal?tapi harga pun tak la sampai mahal takat 10 hengget je..hihih...

Yang menjadi tumpuan aku ialah beg tu ader,dia ikut liter,lagi besar liter lagi mahal beg tersebut,macam mamber aku cari ialah 80liter,harga minimum RM150.

Isu nya sekarang aku tau harga runcit atau harga gudang beg nie,nak tau?Apa yang aku leh gitau minimum RM25.
Memang betul keuntungan dititik beratkan.tapi kautan (ader ke ayat nie?)Untung dia dah banyak,kenapa dia tak boleh kurangkan sikit lagi?Dia dah untung berlipat kali ganda tapi jangan la sampai tamak.Jual sama melayu pulak tue,

Aku marah bukan sebab harga atau apa-apa pada peniaga nie,diorang mencari rezeki yang halal tapi masalahnye aku mengantuk dan penat lagipun aku taktau nak buat apa.nak marah atau nak kata apa-apa,sebab tu la aku buat entri nie.hahahahaa...

Aku cuma ingatkan saja,dah ada peluang berniaga jangan lepaskan macam tu saja,bukan senang nak jual-jual nie,aku nak jual benda tak mampu sebab takde modal,tapi kalau aku jual pantun,nak ke korang beli?bukan korang bace pun blog aku....hahahaha...Jadi jual la pantun...kan?kejap lagi kalau aku larat atau ada idea aku buat la entri baru ok...Salam..

BERSIH?

Baru-baru nie negara kita sibuk dengan hal hak kepentingan rakyat yang kononye kerajaan sekanrang tak adil maka terjadilah kempen himpun rakyat yang bernama 'BERSIH' dimana mereka perlulah memakai baju berwarna kuning,tetapi kenapa kuning?Bukankah warna yang suci sepatutnya putih?Dalam banyak-banyak warna,kenapa warna kuning?tidak cantik okeh?!

Tapi bukan isu warna yang ingin diketengahkan dalam blog saya yang tidak ada pembaca dan followers nie..ada tapi sikit.Isu kini adalah kenapa?kenapa buat hari sabtu?kenapa tidak hari ahad?Tahu tak anda ramai yang terkandas dalam perancangan mingguan mereka gara-gara perhimpunan ini?Mereka yang melangsungkan majlis perkahwinan terkilan dengan jumlah kedatangan tetamu,kedai-kedai kerugian,dan macam-macam lagi.

Saya tidak menyokong mana-mana pihak,bagi saya politik negara kita sememangnya kotor dan mustahil dapat dibersihkan,mereka yang kata ingin lakukan ke'BERSIH'an pun turut kotor dan akan menjadi lebih kotor sebab semua yang terlibat dengan politik semuanya KOTOR!JIJIK!

Kenapa perlu kita libatkan diri dalam politik?banyak lagi aktiviti lain yang lebih munasabah.Yang xperlu sakit hati dengan mana-mana pihak,remaja yang rasa mereka bijak dalam isu negara ini sebenarnya hanya menjadi anjing bagi mana-mana pihak yang mereka sokong,dibaling tulang ke kanan,larilah ke kanan,

Bodoh sebenarnya orang-orang kita,lebih baik cari untuk kemajuan diri dan negara.Fikirkan cara untuk naik tarafkan hidup sendiri,kemajuan dunia dan akhirat,bukan melibatkan diri dalm lumpur politik negara kita.

Pasal aku...

Setelah kian lama aku dalam bidang blog nie,walaupun entri sikit dan pemalas nie,aku xpernah nak citer kat korang asal usul atau sapekah aku kan?hehehe..lantak la korang nak tau ke x,dah name blog aku,suke hati aku la..huh!(Tetibe emo kejap)

Ehem..ok nama aku Syed Nazuan bin Syed Basir Ahmad,maksud nama aku nie sampai hari ni aku x dapat sahkan.Pernah jugak aku tanye mak aku maksud nama aku,tetapi hampir aku pernah kena halau keluar rumah sebab ade sekali tu dalam sehari aku tanye mak aku setiap 12 minit soalan yang same selaen soalan 'betul ke aku anak dia'.huhuh..

Ok..berbalik pada topik asal,aku dilahirkan pada 28 Disember 1987 dekat hospital besar Pulau Pinang.Menurut kate mak aku,aku adalah anak dia yang paling murah.Dia kate sebab kos ape ntah diorang cume caj parents aku 5 hengget macam tu la.hehehe..Aku anak kelima daripada 7 orang adik beradik.Menurut bapak aku pulak,dia seorang yang power,mase tu aku kecik lagi,so aku bajet macam dia tu superhero la konon-konon ader power,tetapi selepas aku remaja barulah aku paham erti power yang dimaksudkan bapak aku tu..huhu..Sampai hari nie aku rase seolah-olah diperkotak-katikan oleh bapak aku yang pandai memanipulaasi minda aku.

Tu je kot korang perlu tau buat ketika ini,sebab aku tau takder orang yang bace melaenkan kawan baik aku Safuan Pauzi yang baru kahwin dan kuat hisap rokok itu.Suke hati aku la sape nak bace ke taknak bukan blog korang pun.