Followers

Sunday 24 July 2011

dewata masa

Hadiran detik kelam masa,
Hari ini dan semalam tetap serupa. Ada detik gembira,ada detik duka berlaku dalam tempoh masa dari sentaknya sang cahaya hingga hari labuhnya sayap malam. Pada aku,zahirnya pemikiran manusia ini kadarnya memang berbeza-beza. Hari ini hari biasa,'taik yang sama setiap hari' bak kata mat salleh. Taik juga yang dapat nama,taik juga yang jadi mangsa.

Ramadhan bakal tiba,sang khannaz bakal dirantai,itu hanya satu prosa indah bagi si tipikal.Kenapa? Supaya senang melayar malam melakukan dosa nafsu dunia? Sang khannaz itu walau dirantai, tetap bahagia mengenangkan sang manusia menjalankan sendiri tugas-tugas si perosak. Kuli tak bergaji.cis!

Cepat betol masa berjalan,sekelip merubah segala-galanya. Selepas ini, Aidilfitri bakal tiba.Kegembiraan seketika itu akan ku gunakan sepenuhnya.Cuti!ambil 10 hari.Baru padan muka kompeni.Haahaha..Siapa suruh tak naik gaji!hahaha..ehem...

Bukan pasal gaji entri nie. Pasal masa. Kebalnya masa ni,tak boleh dilawan,kita hamba masa,detik-detik semua adalah emas.Emas untuk masa depan atau emas untuk akhirat. Kita yang pilih.Rezeki pun bergantung pada masa,cepat..lambat itu semua masa yang tentukan.Tapi masa itu milik Allah. Tadahlah tangan,minta pertolongan.Pasti...masa berpihak pada kita..:)

2 comments:

  1. wow... idea yg datang dari pengalaman... sangat menarik...terus menceritakan isi-isi kehidupan... this is good...

    *thumbs up untuk isi-isi kehidupan ^_^

    ReplyDelete
  2. aku mendahagakan entri terbaru kau...

    ReplyDelete