Followers

Friday 12 August 2011

Darah Daging tak akan lumat

Lerainya masa kerana alpa,
Tusukan angin kebingungan jernih sang Mata,
Ribut kabut mengejar impian dunia,
Anarki pada luhurnya keabadian sebuah nilai keluarga.

Duri-duri halus rakus menikam urat-urat cinta dan kasih,
Si kertas warna dikejar namun kita masih sama.
Jejalur kemesraan hanya tampak bila tiba masa,
Selepas itu tiada khabar berita.

Namun tiba detik hina.......
Kelalaian memeluk sang tua,
Gugup dengan tangisan air mata,
Hiba mendengar suara,cuma suara,

Tetapi di sebalik kehinaan itu,
Wujud satu hikmah derita,
Regangnya tali ikatan menjadi utuh tiba-tiba,
Perawi derita seakan tersentak dari bertapa,

Khayalan haram gasarkan cinta,
Kini kami mengenal erti keluarga,
Tapi mungkinkah sudah lewat?
Atau satu permulaan bagi akhir derita?

Kelakar yang amat bagi aku

Hahaha...aku nak gelak dulu belom aku post benda nie..memang sangat jujur dan amat tepat dengan media-media yang sangat berat sebelah...

Situasi sebenar : Seorang nenek pegi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian.

Buletin Utama - "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari."

Harian Metro - "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan."

Utusan Malaysia - "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"

Harakah - "Kami tiada beca."

Malaysiakini - "Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah."

Obefiend - "Nenek meleis mati. Aku suka vodka."

Twitter @NajibRazak - "Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!"

Blog Melayu paranoid - "Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca."

Ibrahim Ali - "Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!" 

Pancaindera - "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster."

Mastika - "Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi."

Samy Vellu - "Beca tak bayar tol dicari."
[]

Hahaha!!!kelakar kan?eyh!Lantak la...blog aku..aku nak buat kelakar ke buat serius ke!

PERCIKAN API ILHAM

Pergh!
Sedar tak sedar dah lame aku tak update blog nie...daripada seminggu sebelum puasa sampai la dh seminggu lebih puasa.Bukan apa,banyak keringat aku titis di plot-plot hidup yang berbeza.Nasib baik sang sahabat ku safuan pauzi banyak memberi dorongan dalam hal-hal perblogan dek kerana dia pun baru berjinak dalam dunia blogging nie..thanx for his unformal support...lagipun lantak la blog aku...nak tulis ke tak ke bukan gune email korang pun!

Ok...hari ni kita dah dalam ramadhan ke 12...dan aku sekarang di Ipoh bersama keluarga bakal mertua gitu...mertua ke?bakal ke?hihihih...percikan ilham malam nie ialah penceraian alam berbeza.

Faham tak?aku tak suruh korang faham pun...aku buat blog adalah untuk meluahkan rasa hati dan denyutan minda aku.
Hehe...maksud aku penceraian alam ini bermaksud situasi berbeza di Kuala Lumpur dan di Ipoh.Ketenangan di sini macam susah nak dapat kat kota penuh noda itu.Jauh daripada najis-najis roda empat,asap-asap pengalaman hidup yang sesak semput dan harga yang kualiti kurang dan kadang-kadang tu kuantiti pun kurang.Sini tiada sialan kota yang sibuk dengan akal dan dunia impian mereka hingga jadi lalai dan leka dengan alam persekitaran mereka'sellfish'.

Aman di sini macam bayu malam terasa dek susuk tubuh kering ini,untung mereka yang ada persekitaran begini.Nak berblog panjang pun tak gune.perut terlampau kenyang dek minum soya dan makan ikan bakar pembelian bakal ibu mertua tadi.bakal ke?mertua ke?hahahaha...

Ok la...entri kali nie agak kematian idea sikit...sorry yer...hihihiih....