Pernah terjadi dalam hidup,
Bile sesuatu,
Merosakkan hubungan?
Kekeluargaan?
Persahabatan?
Pernah terjadi dalam kaca hidup,daripada mata ini,
Keakraban terjalin daripada rantai yang baru,
Terputus kerana angkara cinta,
Apa yang terjadi mengguris hati,
Menjadikan kehangatan senyuman dulu kelu,
Adakah itu dosa atau suratan Maha Esa..?
Suratan itu jodoh yang tidak dicari,
Ia terjadi seperti mimpi yang hadirnya terdetik sepi,
Bukan pengertian mata yang aku impi,
Dengarkan dulu kata hati insan yang mengalami,
Bukan kau penentu,
Bukan mahu dan pintaku,
Hadirnya ketika semua yang aku perlu menjadi beku,
Ketika hati sarat menangis sayu nyilu,
Ini nukilan bukan untuk aku minta belas kasihan mereka,
Siapa mereka untuk mengetuk palu alam nyata?
Tapi yang pilu bila darah sendiri melata hina,
Memihak rantai yang darahnya tak sama,
Kenapa dosa ini mengecap hilang sang arca?
Followers
Friday, 15 July 2011
Tuesday, 12 July 2011
Malam punya hal..(1)
Hahaha..macam kelakar plak aku buat sampai 3 entri malam nie je..hahaha...boleh katakan aku meroyan jugak la..tp suka hati aku la..blog aku...malam nie aku ikut member aku firdaus a.k.a fire,awek dy,eija manjoi,awek aku dan adik ipar aku(bakal) ke uptown danau kota,mencari beg deuter katanya,tapi sampai je sana,aku dialihkan perhatian untuk beli barang yang xpatut,dah lumrah sang pembazir,ape ada hal?tapi harga pun tak la sampai mahal takat 10 hengget je..hihih...
Yang menjadi tumpuan aku ialah beg tu ader,dia ikut liter,lagi besar liter lagi mahal beg tersebut,macam mamber aku cari ialah 80liter,harga minimum RM150.
Isu nya sekarang aku tau harga runcit atau harga gudang beg nie,nak tau?Apa yang aku leh gitau minimum RM25.
Memang betul keuntungan dititik beratkan.tapi kautan (ader ke ayat nie?)Untung dia dah banyak,kenapa dia tak boleh kurangkan sikit lagi?Dia dah untung berlipat kali ganda tapi jangan la sampai tamak.Jual sama melayu pulak tue,
Aku marah bukan sebab harga atau apa-apa pada peniaga nie,diorang mencari rezeki yang halal tapi masalahnye aku mengantuk dan penat lagipun aku taktau nak buat apa.nak marah atau nak kata apa-apa,sebab tu la aku buat entri nie.hahahahaa...
Aku cuma ingatkan saja,dah ada peluang berniaga jangan lepaskan macam tu saja,bukan senang nak jual-jual nie,aku nak jual benda tak mampu sebab takde modal,tapi kalau aku jual pantun,nak ke korang beli?bukan korang bace pun blog aku....hahahaha...Jadi jual la pantun...kan?kejap lagi kalau aku larat atau ada idea aku buat la entri baru ok...Salam..

BERSIH?
Baru-baru nie negara kita sibuk dengan hal hak kepentingan rakyat yang kononye kerajaan sekanrang tak adil maka terjadilah kempen himpun rakyat yang bernama 'BERSIH' dimana mereka perlulah memakai baju berwarna kuning,tetapi kenapa kuning?Bukankah warna yang suci sepatutnya putih?Dalam banyak-banyak warna,kenapa warna kuning?tidak cantik okeh?!
Tapi bukan isu warna yang ingin diketengahkan dalam blog saya yang tidak ada pembaca dan followers nie..ada tapi sikit.Isu kini adalah kenapa?kenapa buat hari sabtu?kenapa tidak hari ahad?Tahu tak anda ramai yang terkandas dalam perancangan mingguan mereka gara-gara perhimpunan ini?Mereka yang melangsungkan majlis perkahwinan terkilan dengan jumlah kedatangan tetamu,kedai-kedai kerugian,dan macam-macam lagi.
Saya tidak menyokong mana-mana pihak,bagi saya politik negara kita sememangnya kotor dan mustahil dapat dibersihkan,mereka yang kata ingin lakukan ke'BERSIH'an pun turut kotor dan akan menjadi lebih kotor sebab semua yang terlibat dengan politik semuanya KOTOR!JIJIK!
Kenapa perlu kita libatkan diri dalam politik?banyak lagi aktiviti lain yang lebih munasabah.Yang xperlu sakit hati dengan mana-mana pihak,remaja yang rasa mereka bijak dalam isu negara ini sebenarnya hanya menjadi anjing bagi mana-mana pihak yang mereka sokong,dibaling tulang ke kanan,larilah ke kanan,
Bodoh sebenarnya orang-orang kita,lebih baik cari untuk kemajuan diri dan negara.Fikirkan cara untuk naik tarafkan hidup sendiri,kemajuan dunia dan akhirat,bukan melibatkan diri dalm lumpur politik negara kita.

Pasal aku...
Setelah kian lama aku dalam bidang blog nie,walaupun entri sikit dan pemalas nie,aku xpernah nak citer kat korang asal usul atau sapekah aku kan?hehehe..lantak la korang nak tau ke x,dah name blog aku,suke hati aku la..huh!(Tetibe emo kejap)
Ehem..ok nama aku Syed Nazuan bin Syed Basir Ahmad,maksud nama aku nie sampai hari ni aku x dapat sahkan.Pernah jugak aku tanye mak aku maksud nama aku,tetapi hampir aku pernah kena halau keluar rumah sebab ade sekali tu dalam sehari aku tanye mak aku setiap 12 minit soalan yang same selaen soalan 'betul ke aku anak dia'.huhuh..
Ok..berbalik pada topik asal,aku dilahirkan pada 28 Disember 1987 dekat hospital besar Pulau Pinang.Menurut kate mak aku,aku adalah anak dia yang paling murah.Dia kate sebab kos ape ntah diorang cume caj parents aku 5 hengget macam tu la.hehehe..Aku anak kelima daripada 7 orang adik beradik.Menurut bapak aku pulak,dia seorang yang power,mase tu aku kecik lagi,so aku bajet macam dia tu superhero la konon-konon ader power,tetapi selepas aku remaja barulah aku paham erti power yang dimaksudkan bapak aku tu..huhu..Sampai hari nie aku rase seolah-olah diperkotak-katikan oleh bapak aku yang pandai memanipulaasi minda aku.
Tu je kot korang perlu tau buat ketika ini,sebab aku tau takder orang yang bace melaenkan kawan baik aku Safuan Pauzi yang baru kahwin dan kuat hisap rokok itu.Suke hati aku la sape nak bace ke taknak bukan blog korang pun.

Monday, 20 June 2011
MASA
perit hati hari nie,lemas dengan lampu-lampu putih,bunyi-bunyian manusia...penat dengan rutin..sayu pun ada juga,tapi..tak tau kenapa.pelik bukan perasaan manusia nie?kadang-kadang seronok,kadang-kadang penat, tapi tak tahu punca,tak tahu hala..
hari-hari aku macam biasa,susah nak cari detik-detik beda,yang beza cuma jarak waktu,jahanam nya badan manusia adalah sebab rutin-rutin sebegini...bangun..pergi kerja..balik..tidur...ulang setahun demi setahun...
apa yang aku kejarkan nie?wang?harta?nama?tapi sampai mana?sampai bila?rakus betul minda kita,jahil!
tamak dalam diam..

Friday, 17 June 2011
kes malam
Jangan diulit mimpi semalam,padah ingatan dengan harapan,
Suaikan yang jernih dan nyata agar tidak terhanyut,
Jauh...
Diukir berhala dosa dengan kenangan yang nista,
Kabut meleraikan diri dengan Pencipta,
Tidak cukup lagikah kesilapan semalam?
Tidak ingatkan apa yang silam?
Mari bersama labuhkan tirai dunia,
Yang kotor dengan kertas warna,
Fikir?
Apa yang nyata kekalkah ia disabung angin masa?
Siapa yang berhak melihat cakrawala kehidupan detik?
Lalainya manusia insaniah,mengongkong keagungan zahir,
Diangkat patuh dengan rupa dan nama,
Pautan pahit anggapan sang dosa itu bagai tidak serik.
Kelam?
Aku kah atau engkau?
Ah!kita sama saja atas tanah rata yang dipinjam,
Yang tingginya kau,dan rendahnya aku,
Letak pada catitan si penulis,
Bukan kita penentu.
Lelap,
Mari labuhkan buai hati,mari labuhkan detik mati,
Harapkanlah...agar esok suburnya senyuman,
Disalut kebahagian detik untuk kita leka,
Sedar tak sedar kita tetap sama...
Sang Pendosa...

Racau....!
Ikot hati mati,
Ikot akal sesal,
Bebal,tebal kebal tusuk benak minda,
Apa dalam minda?
Pikiran yang jauh mendambakan kepentingan diri,
Sendiri,
Harapan dulu lerai dengan janji indah,
Kaburkan mata dengan manja dan sumpah,
Coretan??
Imbuhan sebelum pergaduhan,
Apa yang diinginkan cuma pemahaman,
Garis-garis matang bagai jarum dalam ladang,
Pakatan tidak rasmi bagai dihalang-halang.
Kini bayang-bayang cinta mencekik panorama bahagia,
Kini cuma dia,dia,dia...
Tiada aku dalam kisah suka,
Duka?
Celaru,celaru,celaru lah jiwa,
Risau,racau,sasau,KACAU!!!
Ubahlah!
Takdir penentu segala,
Tapi kita penentu takdir yang bagaimana,
Abadi nan nyata,ikatan yang diterima,
Usah palitkan sifat nyata,
Paling-paling cedera hanya aku dan cinta,
Racau!!!

Subscribe to:
Posts (Atom)